Thursday, December 18, 2008

Macam-macam Aznil

Rizqi minat sangat kat Pak Nil ni... Kalau ada siaran yang ada Pak Nil kat TV, dapat la ibu buat kerja rumah... sanggup dia duduk kat depan tv tu...kalau tak asyik ikut jer mana ibu pergi... tak kira rancangan apa semua dia tengok... macam2 aznil...tom2 bak... jangan lupa lirik... bagus juga la astro asyik siarkan af yang ada mawi tu... yang hairan tu dia leh pulak gelak sorang2... kadang2 ibu tengok Rizqi kiss Pak Nil kat TV...he he he... Rizqi.... Rizqi....

Wednesday, December 17, 2008

Masjid Putrajaya

Malam tadi ibu ngan ayah bawa Rizqi pergi jalan2 kat Masjid Putrajaya... Ramai juga orang kat situ.. Rizqi happy sangat...maklumlah dia dah dapat jalan sendiri... Bila ibu tanya, mana masjid? Rizqi akan tunjuk masjid Putra tu... Tapi bila masjid tu dah ada kat belakang dia...ibu tanya lagi mana masjid? Rizqi tunjuk kat pejabat Pak Lah...he he he... mungkin dia nampak ada kubah tu conform masjid la kan... anyway... tahniah untuk Rizqi coz dah banyak benda yang dia tau... tapi yang paling mendapat tempat di hati Rizqi tentu saja bas, cat, aeroplane dan ball....

Taman permainan

Sekarang ni, tiap-tiap petang lepas mandi..Rizqi akan tunjuk tangan dia kat luar...Adui...dah faham sangat la tu...maknanya dia nak pergi taman mainan... nasib baik depan umah ni jer... suka sangat dia nak pergi taman...ada ramai budak2 yang sebaya dengan dia...tapi semua bibik yang bawak pergi taman.. parent diorang semua kerja sampai petang... syukur pada Allah swt sebab ibu dapat jaga Rizqi dan dapat luangkan masa bersama Rizqi...Ibu dapat tengok perkembangan Rizqi....

Langkah pertama

Hari yang paling bermakna dalam hidup ibu...Rizqi dah dapat berjalan..Bila dah dapat kaki ni, Rizqi seminit pun tak nak duduk diam.Asyik nak berjalan ke sana ke mari... kalau jatuh pun Rizqi masih lagi bersemangat nak berjalan...

Monday, December 01, 2008

Tiara beach resort

Rasanya dah seminggu ibu tak tengok blog ni...tak sempat ar... macam2 hal yang nak diselesaikan...tapi apapun, sempena ulangtahun perkahwinan ketiga ibu dan ayah last weekend, ibu dah ayah dapat juga bawa Rizqi ke Tiara beach resort...Time check in ibu tengok ramai betul orang datang...kebanyakan semua family bawa anak time cuti sekolah...then tanpa berlengah lagi, ibu n ayah bawa Rizqi mandi pantai...tapi pantai buatan manusia jer lah...he.he. ramai betul orang kat sini..Rizqi suka sangat berendam dalam air... main dalam pelampung... sampai dia kesejukan baru ibu bawa ke bilik...zzzzzzzzzzzzzzzz Malam, ibu n ayah bawa Rizqi pergi pasar malam... banyak tul makanan..sedap... ada lak orang jual mainan...tengok mainan tu semua berkualiti.. entah dari mana peniaga tu dapat..Ayah belikan Rizqi papan tulis winnie the pooh rm 10 jer...besar papan tu...then pergi tepi pantai..ingat nak tunjuk laut kat Rizqi tapi mana nak nampak...dah malam daaa.......... Awal pagi esok ibu dah bangun...tak sabar nak bawa Rizqi main air lagi...kul 8 jer ibu bawa Rizqi pergi pantai... tak ramai lagi orang turun...Rizqi main puas2.... ibu happy sangat tengok Rizqi...Sayang Rizqi..........

Friday, November 21, 2008

Happy Birthday Ibu


21 November... hari nie birthday ibu... sempena birthday hari ni, ibu doakan agar family kita sentiasa dirahmati Allah swt. Ibu harap ayah akan sentiasa jaga kita dengan baik dan penuh kasih sayang... ibu juga berdoa agar anak sulong ibu arwah Noor Izyan Humaira tenang di sana... "kita pasti bertemu di sana sayang"... dan untuk Rizqi... ibu berdoa agar Rizqi jadi anak yang baik, taat pada ibu dan ayah, berjaya di dunia dan di akhirat... ibu sayang semua...
thanks to ayah sebab bagi hadiah yang istimewa tahun ni...

Thursday, November 20, 2008

favorites song

Hickory dickory dock... the mouse ran up the clock... the clock struck one... the mouse ran down... hickory dickory dock... dalam banyak2 lagu yang selalu ibu nyanyikan untuk Rizqi, lagu ni yang menarik perhatian dia... ntah kat mana yang kelakarnyer. ibu suka sangat tengok gelagat Rizqi bila dengar lagu ni. Ingat hari ni nak bawa Rizqi pergi zoo negara. tapi mengenangkan ada orang yang baru kena baham ngan tiger kat zoo terbantut jadinya. walaupun bukan kat Malaysia, tapi risau jugak kan...

Tuesday, November 18, 2008

Flash cards


Malam tadi, first time, ibu tunjukkan flash card pada Rizqi... takut juga dia makan kad2 tu... biasanya kalau nampak kertas sure masuk dalam mulut jer... terkejut ibu tengok reaksi Rizqi bila dapat main dengan kad2 tu... gambar pertama yang dia tunjukkan pada ibu dan ayah... car ... then ball ... tak sangka kan dah besar anak ibu ni... ada 36 kad dalam box flash card tu. cuma 5 kad jer yang Rizqi tau... he..he..he..

Friday, November 14, 2008

Bas


Rizqi suka sangat sebut perkataan BAS. Dalam sehari punya la banyak perkataan BAS keluar dari mulut dia... Awal pagi time pergi kerja, nampak jer kenderaan yang besar2, mesti dia kata BAS...Kat umah pengasuh pun, bila tengok tv, asyik sebut BAS....BAS...BAS..... So ibu ngan ayah bawa Rizqi pergi kedai mainan semalam... kalau boleh nak dapatkan bas yang besar tu... kalau tak silap masa ibu kecik2 ada bas besar tu... mula2 jumpa bas kecik, then sederhana. Tak lama kedai yang last baru ada yang besar sikit.... Dalam kereta lagi Rizqi dah main dengan mainan baru dia... now, Rizqi dah tertidur sama2 ngan BAS.

Tuesday, November 11, 2008

favorites show

I think Rizqi same like me... love to watch tv... his favorites programmes...macam2 aznil...tom-tom bak...anak-anakku... (maybe he like aznil very much)...intan...lu fikirlah sendiri...wonderpets...

Monday, November 10, 2008

festival film


Dear Rizqi... You are my precious treasure in my life...i would sail the seven seas, even climb up the mount everest just to let you know how deep my love is...

Rizqi



Gambar ni ibu ambik untuk bagi pada agensi ...kelakar kan tengok Rizqi.. saje jer nak tunjukkan gigi dia... ibu sayang Rizqi...Ibu doakan Rizqi berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Insyaallah....

Casting

Last Saturday, ibu ngan ayah bawa Rizqi pergi casting kat agensi modelling. Pergi sama-sama dengan uncle Hazrin n kakak Diana. Sampai kat agensi tu, ibu daftarkan Rizqi. Then Rizqi dipanggil masuk. Kat dalam bilik tu, ibu lepaskan Rizqi kat lantai. Apa lagi.... Rizqi macam lipas kudung merangkak ke sana sini...lucu ibu tengok Rizqi.. Mungkin lepas tengok gerak Rizqi.. diorang setuju nak ambik dia... tahniah Rizqi... tahniah juga untuk kakak diana.. (weekend ni kita dapat tengok kakak diana kat tv9...)

Wednesday, November 05, 2008

26 Oktober 2008

Happy Birthday to Rizqi...
Hari ni genap setahun Rizqi dilahirkan ke dunia ni. Ibu bersyukur sangat sebab Allah anugerahkan ibu seorang anak yang sihat dan sempurna. Ibu doakan agar Rizqi sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah dariNya. Hari ni ibu dan ayah adakan birthday party untuk Rizqi.... Pukul 1 pagi ibu dah mula masak untuk party esok. Nasib baik ada opah uda datang tolong ibu. Pukul 4 baru semuanya siap. Semua ibu dah ready termasuk party pack untuk tetamu yang datang... Lepas solat subuh, ibu siap kemas2 rumah untuk menyambut ketibaan tetamu. ibu hias rumah sebaik yang mungkin. Setiap tempat yang jadi tumpuan dah pun ibu ikatkan dengan belon yang berwarna warni. Dalam pukul 12, ramai tetamu yang dah mula datang... Tepat jam 12.30 majlis ulangtahun Rizqi dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh uncle fakhrul ( thanks fakhrul ). Ramai sedara mara yang datang, kawan ibu, kawan ayah termasuk juga jiran2 yang selama ni tak pernah jumpa pun lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua.

my photo album

my photo album....

Chit Chat

Rizqi - 26 Januari 2010

Rizqi - 26 Januari 2010

Rizqi - 26 Februari 2010

Rizqi - 26 Februari 2010

Rizqi - 26 Mac 2010

Rizqi - 26 Mac 2010

Rizqi - 26 April 2010

Rizqi - 26 April 2010

Rizqi - 26 Mei 2010

Rizqi - 26 Mei 2010

Rizqi - 26 Jun 2010

Rizqi - 26 Jun 2010

Rizqi - 26 Julai 2010

Rizqi - 26 Julai 2010

Rizqi - 26 Ogos 2010

Rizqi - 26 Ogos 2010

Rizqi - 26 Sept 2010

Rizqi - 26 Sept 2010

Rizqi - 26 Oktober 2010

Rizqi - 26 Oktober 2010

Rizqi - 26 Nov 2010

Rizqi - 26 Nov 2010
 

my love Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal