Thursday, October 22, 2009

Sua rasa Shah Alam 2009




Hari ahad lepas, ada open house rumah bos ayah kat shah alam... so balik daripada umah bos, ayah bawa Rizqi pergi Sua Rasa kat stadium shah alam... dalam kereta ibu doa banyak2 supaya Rizqi dapat peluang nak jumpa upin and ipin... so cari punya cari, terjumpa la tempat tv9... time sampai kat area tu, kimi ( putera shazlan ) tengah buat pertandingan mewarna... and tetiba ada announcement, upin akan muncul kul 5.00.... yahoo....

Aktiviti di hujung minggu

Nie la aktiviti Rizqi sekeluarga tiap kali weekend... teman ibu buka gerai aksesori wanita kat MAEPS... kesian Rizqi, terpaksala jadi model kat gerai tu. siap posing lagi.. seronok bukan main bila dapat pergi kat situ, coz ada ramai kawan2 sebaya dengan Rizqi... Kat area ni ada go kart.. tu yang ramai orang datang.. time malam lak ada drift pulak...

Wednesday, October 21, 2009

Naik bot kat Mines





Malam tadi bawa Rizqi pergi Mines... Saje jalan2... nak usha baju kot2 ada yang berkenan. act nak tengok papadom sebenarnya, time lalu kat area tengah tu, Rizqi ternampak la pulak bot yang banyak2 kat bawah... alamak..nak naik bot... nak naik bot... kesian tengok dia cakap banyak2 kali, so ayah ngan ibu pun bawak Rizqi naik bot... seronok la dia. tak der puak perasaan takut... seram jugak lalu kat tasik tu... kalau terjatuh alamat la nampaknya.

Hadiah dari ayah

Motor ni hadiah daripada ayah untuk Rizqi sempena birthday 2 tahun... 26 okt 2009... ayah bagi hadiah awal coz Rizqi asyik sebut nak motor jer... dah tu Rizqi suka sangat tengok motor gp... seronok la Rizqi coz motor ni boleh gerak.... tekan button jer. Ibu jugak yang pening kepala, tengah fikir hadiah apa yang ibu nak bagi untuk Rizqi... ada lagi 1 week nak fikir...

Monday, October 12, 2009

Koleksi video "Persembahan permainan fish"

video

Time pergi supermarket kat Baling, Rizqi nak sangat beli fish ni... kusyuk jugak tengok dia main kan... he he...

Koleksi video " Meneroka umah atok"

video

Rizqi meneroka umah atok di segenap lapisan... habis semua kawasan dijelajahi... pagi petang siang malam... tapi best... coz ibu boleh sleeping beauty...

Koleksi video "Jalan2 di kampung"

video

Rizqi jalan-jalan kat kampung... time ni dia nak pergi rumah atuk meow... sebab kat umah tu ada kerusi yang boleh gerak2... sampai terlentok Rizqi kat situ... bila ibu angkat, menjerit sakan Rizqi...

Saturday, October 10, 2009

Koleksi video "Gelak"

video

Senyum seindah suria... yang membawa cahaya... kau tersenyum... ku tersenyum... kemesraan menguntum... tapi ni bukan kategori senyum...gelak daaaaaaaaaaa.......... ntah apa la yang geli hati sangat kat Rizqi tu...

Koleksi video "Rizqi baca buku"

video

Rajin Rizqi rajin... rajin lah belajar... bila besar nanti... boleh tunjuk ajar... ayah serta ibu... gembira selalu... melihat Rizqi...rajin baca buku.

Friday, October 09, 2009

Minat baru....

Aha..... Rizqi dah dapat hobi baru.... main susun2 blok... kreatif juga la tengok dia... jadi kereta.. jadi robot... he..he.... lega rasa..tak der la Rizqi asyik nak tengok vcd Upin and Ipin jer... Sepanjang nak dekat dua tahun nie.. ibu perasan yang Rizqi suka main mainan yang ada tayar... kalau pintu rumah terbuka jer, mesti Rizqi terkam pergi tengok tayar car ibu and ayah kat parking... Ibu tengah fikir nak hadiahkan apa kat Rizqi untuk 2nd birthday coming soon....

Thursday, October 08, 2009

Makan ais krim...

Rizqi tengah enjoy makan ais krim... sambil tengok citer upin and ipin... rasanyer dah beratus kali asyik tengok citer tu jer...agghhhhhhhh... tak dapat langsung ibu nak layan drama... apa nak buat.anak punya pasal... Rizqi memang pantang nampak ais krim... tapi dia makan yang perasa vanilla jer...yang coklat tak nak...mungkin muak kot... ayah la yang bakal jadi mangsa bila tetiba jer Rizqi teringat nak makan ais krim... ok juga lah kalau asyik tgk vcd...tak der iklan.... pandai lak tu.... dia ambik hp ibu... nak call ayah... bila dapat cakap, dia kata nak aiskrim.... cair la hati ayah.... so kena la pergi beli....walaupun balik kerja tak lalu kat depan kedai... sanggup juga.....

Wednesday, October 07, 2009

Idola ibu "Tun Mahathir".....

Idola ibu..... dari kecik sampai ibu besar.... ibu suka sangat "Tun Dr Mahathir"... banyak perkara yang buatkan ibu sangat respect pada Tun... dan daripada kecik... sekolah rendah...sekolah menengah... kat universiti... kerja... ada anak... mesti ibu tak akan lepaskan peluang untuk bergambar dengan Tun... Satu hari nanti, bila baby ibu dah besar...pasti Rizqi pun akan ada seorang idola yang sentiasa menjadi inspirasi buat Rizqi.... Terima Kasih buat mantan Perdana Menteri Malaysia..... yang banyak sangat jasanya buat negara....

Jalan-jalan Cari Makan.....

Yummie...yummieeee...... sedapnyer mee ni... Ibu ngan ayah bawa Rizqi pergi makan kat William... sedap betul makanan kat sini.. Walaupun kedai dia kat tepi jalan jer tapi sedap yang amat sekali... tu belum citer pasal bab air ...dah la dalam gelas yang big saiz.... Rizqi bila sampai jer kat william... mesti nak minum air ribena laici gelas besar... so tiap kali makan kat sini, ayah ngan ibu yang akan buat eksperimen...mesti nak try order makanan yang tak pernah rasa lagi... Rizqi macam biasa...mee goreng seafood..... gerai ni kat kelana jaya.... so kalau ada kelapangan leh la berkunjung ke situ....

my photo album

my photo album....

Chit Chat

Rizqi - 26 Januari 2010

Rizqi - 26 Januari 2010

Rizqi - 26 Februari 2010

Rizqi - 26 Februari 2010

Rizqi - 26 Mac 2010

Rizqi - 26 Mac 2010

Rizqi - 26 April 2010

Rizqi - 26 April 2010

Rizqi - 26 Mei 2010

Rizqi - 26 Mei 2010

Rizqi - 26 Jun 2010

Rizqi - 26 Jun 2010

Rizqi - 26 Julai 2010

Rizqi - 26 Julai 2010

Rizqi - 26 Ogos 2010

Rizqi - 26 Ogos 2010

Rizqi - 26 Sept 2010

Rizqi - 26 Sept 2010

Rizqi - 26 Oktober 2010

Rizqi - 26 Oktober 2010

Rizqi - 26 Nov 2010

Rizqi - 26 Nov 2010
 

my love Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal